Archive for September, 2008

YOU CAN IF YOU THINK YOU CAN

Posted in SUCCESS Tips on September 22, 2008 by alpha08
  • 1. jika org bertanya kepadamu “Mungkinkah?”, katakanlah: “Tiada, yang tak mungkin! Anything is POSSIBLE”
  • 2. Jika org bertanya kepadamu “Kamu bolehkah?” Jawablah “Bukan persoalan boleh atau tidak boleh, namun Mahu atau Tidak Mahu!”
  • 3. Jika org berkata kepadamu “ Tapi aku kan sayang pada kamu…” Jawablah “Jika memang kau sayang padaku, berikan aku kesempatan untuk membuktikan siapa diriku ini
  • 4. Jika org berkata kepadamu “Bagaimana kalau kamu dihina orang?” Jawablah “Hinaan aku perlukan sebagai sumber daya pengungkit agar aku terus bergerak maju”
  • 5. Jika org bertanya kepadamu “Bagaimana kalau kamu gagal?” Jawablah ”Kegagalan memang boleh muncul, tapi itu berlaku hanya bila aku berhenti dan menyerah”
  • 6. Jika org berkata kepadamu “Tapi ada waktunya kamu juga harus berhenti sejenak” Jawablah “Betul, boleh berhenti. Namun, untuk beristirehat agar mendapat tenaga baru. Bukan untuk berlengah-lengah atau menyerah”
  • 7. Jika org berkata kepadamu “Ah, memang kamu keras kepala” Jawablah “Bukan soal keras kepala, manusia harus hidup dengan keras prinsip. Keras dalam tekad agar kepala tetap tegak sampai di akhir hayat”
  • 8.Jika org bertanya kepadamu “Kamu yakin boleh berjaya?” Jawablah “Bukan soal berjaya atau gagal, yang terpenting adalah menyelesaikan apa yang telah dimulai”
  • 9. Jika ada org bertanya kepadamu “Bagaiman kalau masalah itu berat?” Jawablah “Justru berat membuat kita kuat. Dengan semakin kuat, maka kitapun akan mampu mengangkat yang lebih berat”
  • 10. Jika org berkata kepadamu “Ah, kamu sombong sekali” Jawablah “Sepertinya sombong, namun ini adalah tekadku dalam mengharungi kehidupan ini. Tekad menimbulkan semangat. Semangat bukanlah kesombongan. Semangat adalah tenaga yang dahsyat”
  • 11. Jika org bertanya kepadamu “Kalau begitu, apakah tujuan hidupmu” Jawablah “Paling tidak menjadi seseorang yang bererti dalam hidup ini, seseorang yang dapat memberi makna, berbagi hikmah, seseorang yang berguna untuk orang lain”
  • 12. Jika org bertanya kepadamu “Apakah cita-cita itu sangat tinggi?” Jawablah “Mungkin tinggi, namun jika kita merangkak ke atas, raih demi raih, maka ketinggianpun dapat dicapai”
  • 13. Jika org bertanya kepadamu“Apakah perjalanan mencapai impian itu tidak berat?” Jawablah “Memang berat, namun mungkin untuk diwujudkan”
  • 14. Jika org bertanya kepadamu “Jadi kamu yakin 100%” Jawablah “Keyakinanlah yang membuat manusia boleh terbang tinggi, setinggi yang diinginkan, sejauh yang boleh dicapai”
  • 15. Jika org bertanya kepadamu “Jadi tekadmu sudah bulat” Jawablah “Tekadlah yang menjadi sumber tenaga dahsyat manusia untuk ke bulan”
  • 16. Jika org bertanya kepadamu “Adakah kamu sudah bersedia secara mental ?” Jawablah “Manusia diberi akal budi oleh Tuhan, apapun halangan di depan, selagi kita percaya dan berserah pada Dia, maka pasti akan dibukakan jalan. Dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Jika belum ketemu jalan, maka buatlah jalan itu”

Friends.. sebenarnya org yang sering bertanya demikian ialah DIRIMU dan FIKIRANMU sendiri

This is the Secret of The AlphaMan

Tips bagaimana menjadi individu menarik

Posted in SUCCESS Tips on September 21, 2008 by alpha08

Hari ini saya ingin kongsikan 5 tips bagaimana menjadi individu menarik. Ianya mudah sahaja untuk dilakukan. -)

1. Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak masakan seseorang boleh jatuh cinta, memberi rumah, disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang senyum itu sedekah. Senyuman mebawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain. Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman anda kepada mereka. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

2. Banyak memberi

Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

3. Berikan pujian

Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

4. Mempunyai prinsip

Seseorang yang berprinsip merupakan ciri penting dalam menjadi individu menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya beliau mempunyai prinsip yang menjadi pegangan hidupnya.

5. Mempunyai keyakinan diri

Tips ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, manakah mungkin orang lain juga akan percaya pada anda .

Sekian

This is the Secret of The AlphaMan

Quote of the Day

Posted in QUOTE-Kata Pujangga on September 4, 2008 by alpha08

DID U EVER PRACTICED THIS…

Take time to THINK. It is the source of power
Take time to READ. It is the foundation of wisdom
Take time to be QUIET. It is the opportunity to seek God
Take time to DREAM. It is what the future is made of
Take time to PRAY. It is the greatest power on earth

This is the Secret of the AlphaMan

By: Alpha