“Saat engkau jatuh, jangan melihat tempat di mana kamu jatuh, tetapi lihatlah tempat di mana kamu mulanya tergelincir. “
Hidup adalah memperbaiki kesalahan-kesalahan
Sesungguhnya kita akan senantiasa mengalami masalah dan kesusahan. Apakah maknanya itu, bagi saya setiap kesusahan atau masalah yang timbul adalah pemberitahuan bahawa kita berada pada posisi atau keadaan yang tidak betul atau mungkin pada jalan yang salah. Maka daripada mengeluhkan kesusahan yang menimpa adalah lebih baik kita merenung kembali pengajaran yang boleh kita perolehi darinya. Langkah seterusnya adalah memperbaiki kesilapan kita dan memperbetulkan jalan kita.
The Alpha Man
Advertisement

