PERHATIKAN INTEGRITI ANDA
Bukan kerana kita tidak memiliki seorang pun pengikut, kita tidak berhak disebut pemimpin. Setiap dari kita tidak lepas dari seorang pengikut, iaitu diri kita sendiri. Sebelum memimpin orang lain, kita harus mampu memimpin diri, intelegensi dan perasaan kita sendiri. Pemimpin sejati mencemaskan apa yang terjadi dalam diri sendiri lebih daripada apa yang terjadi di belakang mereka.
Maka, satukan fikiran, perasaan dan tindakan pada tujuan kita. Maka kita akan memiliki integriti. Oleh itu, pimpinlah diri kita sendiri lebih baik daripada orang lain. Maka kita akan menjadi teladan. Tunjukkan bahawa kita bertanggung jawab penuh pada diri dan tujuan. Maka kita akan meraih kepercayaan. Tidak ada harga murah bagi sebuah kepercayaan. Hanya integriti yang kuat mampu membayarnya tunai.
The Alpha Man
