MILIKILAH KECERIAAN KANAK-KANAK
Tujuan adalah kebahagiaan anda. Dan kebahagiaan haruslah menjadi tujuan anda. Kebijakan sejati mengatakan bahawa kebahagiaan tidak terletak jauh dimana. Kebahagiaan tertanam di dalam diri anda sendiri. Anda hanya perlu menemukannya. Sayangnya kebahagiaan seringkali tertimbun oleh endapan rasa takut dan sedih akibat hal-hal di luar diri anda. Untuk itu anda harus menyingkirkannya; iaitu dengan memutuskan untuk tetap berbahagia. Dunia mungkin membuat anda bersedih namun dunia tidak boleh memiliki anda. Di dalam diri anda harus berjuang keras untuk tidak di batasi oleh kejadian luar.
Mengapa kita tidak belajar dari kanak-kanak untuk mengerti kebahagiaan itu? Lihatlah, kanak-kanak tetap bermain dengan gembira meskipun di tengah panas terik atau hujan lebat. Mereka melakukan itu kerana dorongan keceriaan dan kebahagiaan dari dalam diri.
Dalam diri mereka tidak dibatasi oleh dunia luar. Sedangkan orang tua mereka mungkin mengeluh kerana teriknya matahari atau lebatnya hujan. Bukankah, orang bijak adalah orang yang tidak kehilangan kegembiraan kanak-kanaknya??
This is The Secret of The AlphaMan

